Isnin, 23 November 2009

cerita hati.......:)

Cerita Hati
Album : Hafiz Hamidun

Munsyid : Hafiz Hamidun

Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa

Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan

Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada sempadan

Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi

Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga

Mungkin ada esok
tuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta

notakaki....
buat waktu ni, tika ini dan saat ini aku rasa nilah lagu favourite aku... hehehe.. entahlah mungkin sebab ada unsur sentimentel kot...anyway, tahniah abang hafiz sebab berjaya bawa lagu yang sedap didengar macam nie dan thanks to adam my classmate sebab bagi lagu nie erk!!
TQ........:)

Khamis, 8 Oktober 2009

bila aku dah jadi Penyibuk..

*****************************************************************************************************************
alooo....rasa nak menulis plak dlm blog malam ni..

kat sini,saja nak kongsi pendapat..
naper ramai lelaki kat dunia ni tak leh nak stick pada satu perempuan sajer..
mesti jugak nak layan perempuan lain...
walaupun kadang2 tu,sorang jer yang dia sayang..
tp naper dia perlu wat camtu..
bukan ke nanti dia akan hancurkan hati girl2 yang dia kenal tu...
naper lelaki2 ni tak pernah pkir macam tu yer....
naper diorang ikutkan ati mereka je.....
saja jer luahkan kat blog ni sebab tahu takde saper pun yang akan baca blog ni...
just suka2 nak luahkan pendapat je...dikala hati tak tenang....

p/s: adakah wajar seorang perempuan tidak percaya pada lelaki lagi bila belaku kejadian seperti ini???
fikir-fikirkanla.....
******************************************************************************************************************

di atas adalah satu entry yg dipetik dari blog my sis!!
apa pendapat anda??
aku rasa ada betulnya..
memang wajarla perempuan hilang kepercayaan kt lelaki bile berlaku kes macam nie..

kenapa aku cakap macam tu??
sebab aku .... sebab pe erk?? sebab sajerla.. aku pn nk bagi pendapat mcm kakak aku jugak..hehehe..haa, tu la sebab sebenarnya...

notakaki: sorry aku dah boring sangat malam nie.. tu yang merepek mcm2!! last yg aku nk kata,
cinta dan hati adalah untuk orang berhak memiliki.. bukan dipersendakan!!

You And I See
Album : You And I See
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


When your world falls apart
When your pain claims your heart
I'll be there, I'll be around
And I will never let you down

Leave that pain, don't give up
You will fly up high again
Count on me, we are together
We'll make it through this stormy weather

C/o:
No matter what they say
No matter what they do
No matter what they think of you
You have got me and my heart too

No matter what they see
No matter what they feel
As long as you have got me
As long as You And I See...

Take my hand and take my heart
We can never be apart, now and forever
I won't look back, we'll stay together
Trust in me and we'll fly, don't surrender!

Don't lose hope when you are in need
Have faith in Allah, have faith in Him
So please be tough and please be strong
With all His love you can't go wrong


notakaki: bagi aku, lagu memang terapi utama perasaan.. bila aku sedih ke, happy ke, atau jd tak tentu hala, lagu selalu jd peneman hidup aku.. sumber ispirasi aku!! dan lagu you and i see nie salah satu fav aku bila aku rasa keseorangan..

Sabtu, 26 September 2009

la tahzan...

aku sedang dilanda wabak TENSION..

kalau ada orang tanya aku siapa yang paling aku benci??
hanya satu saja jawapan aku...
buat tika ini, saat ini..hanya ada sorang jer yang aku paling benci....
aku tau membenci seseorang tu salah...
tapi aku yakin dan pasti aku memang benci dia...
dia membuatkan fikiran aku berserabut...
dan dia jugalah yang sering membuatkan aku sedih dan terluka..
tapi kenapa dia??
argh.....
aku tiada jawapannya..

dan saat ini apa yang aku mampu hanyalah berdoa ..
ya Allah, berikan ketenangan dan kekuatan pada hatiku serta untuk menghadapi ujianMu..
Amiiiin...

tapi, aku dah bertekad tidak boleh sedih atau mengeluh..
sebab aku dah berjanji untuk menerima ini sebagai satu ujian keimanan..
firman Allah:
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” (”I am full of faith to Allah”) sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.” -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Jadi, aku harus hadapinya dengan ketabahan dan kesabaran..
firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

Bila Allah Cepat Makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu.
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu.
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun….Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya…”

kenapa perlu aku takut??
mengapa perlu aku sedih??
“Life can give u a hundred reasons to cry,
But u can give life a thousand reasons to smile!!!”
LA TAHZAN...
INNALLAH HA MAA'NA...