Sabtu, 26 September 2009

la tahzan...

aku sedang dilanda wabak TENSION..

kalau ada orang tanya aku siapa yang paling aku benci??
hanya satu saja jawapan aku...
buat tika ini, saat ini..hanya ada sorang jer yang aku paling benci....
aku tau membenci seseorang tu salah...
tapi aku yakin dan pasti aku memang benci dia...
dia membuatkan fikiran aku berserabut...
dan dia jugalah yang sering membuatkan aku sedih dan terluka..
tapi kenapa dia??
argh.....
aku tiada jawapannya..

dan saat ini apa yang aku mampu hanyalah berdoa ..
ya Allah, berikan ketenangan dan kekuatan pada hatiku serta untuk menghadapi ujianMu..
Amiiiin...

tapi, aku dah bertekad tidak boleh sedih atau mengeluh..
sebab aku dah berjanji untuk menerima ini sebagai satu ujian keimanan..
firman Allah:
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” (”I am full of faith to Allah”) sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.” -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Jadi, aku harus hadapinya dengan ketabahan dan kesabaran..
firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

Bila Allah Cepat Makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu.
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu.
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun….Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya…”

kenapa perlu aku takut??
mengapa perlu aku sedih??
“Life can give u a hundred reasons to cry,
But u can give life a thousand reasons to smile!!!”
LA TAHZAN...
INNALLAH HA MAA'NA...